Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ajar Anak Berdoa, Warganet Kagum Anak-Anak Hanis Zalikha Teruja Dapat Duit Raya RM1

today13 May 2022

Background

Pengacara dan usahawan terkenal, Hanis Zalikha tidak dinafikan sering menerima pujian terutamanya dalam caranya mendidik anak-anak iaitu Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah, 3, hasil perkahwinan bersama pelakon Hairul Azreen.

Baru-baru ini, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Hanis berjaya meraih perhatian netizen yang kagum dengan keperibadian anak-anaknya.

@haniszalikhaMoney! Mr.Krab money!

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Video tersebut memaparkan aksi comel Yusof dan Alisa membuka setiap sampul duit raya hasil pemberian keluarga dan kenalan rapat itu menarik perhatian lebih-lebih lagi apabila dua beradik ini teruja mendapat wang RM1.

Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati ramai dalam kalangan netizen meluahkan rasa terharu melihat gelagat anak-anak pasangan sejoli ini.

Bukan itu sahaja, netizen turut menyatakan pandangan bahawa Hanis sewajarnya menjadi contoh terbaik kepada ibu-ibu atas didikannya yang sangat bagus dalam membimbing anak-anak menjadi insan mulia.

Ini kerana dalam video tersebut, Hanis mengajar Yusuf untuk membaca doa agar orang yang membuatnya bahagia akan dimurahkan rezeki telah menyentuh hati netizen.

“Ya Allah, please reward everybody that make me happy,” ujar Hanis sambil mengajar Yusuf berdoa.

Terukir senyuman manis di raut wajah dua adik-beradik ini yang bahagia melihat jumlah wang ringgit biarpun bernilai RM1.

Written by: Aqilah


Previous post