
Masih ramai mengharapkan semangat Muafakat Nasional (MN) dapat diteruskan tanpa dihalang kepentingan politik tertentu, dakwa seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat sempena ulang tahun ke-80 Umno hari ini.
Shahidan Kassim yang juga bekas pemimpin Umno turut mengimbau suasana penuh emosi pada 2019 ketika parti itu dan PAS menandatangani Piagam MN, yang menurutnya menjadi lambang kesyukuran serta harapan apabila dua parti Melayu terbesar kembali menjalin kerjasama demi penyatuan ummah.
“Bagi saya, rakyat masih mengharapkan semangat MN dapat diteruskan tanpa dihalang oleh kepentingan politik tertentu. Saya masih teringat suasana penuh emosi pada tahun 2019 ketika Umno dan PAS menandatangani Piagam Muafakat Nasional.
“Tangisan pemimpin dan ahli kedua-dua parti ketika itu membawa…