Timbalan Presiden PAS yang membayangkan perkara itu hanya menyatakan ada ‘sesuatu berita baik buat PN’.

PETALING JAYA: Beberapa bekas nama besar dan berpengaruh dari Umno dijangka akan menyertai Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, dakwa seorang pemimpin kanan gabungan itu.
Tindakan itu dipercayai bagi melebarkan penguasaan PN di negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, selain mengekalkan negeri dikuasai mereka – Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang membayangkan perkara itu hanya menyatakan ada “sesuatu berita baik buat PN”.
Sebelum ini, naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata beberapa pemimpin kecewa dengan kepimpinan parti mereka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.
“Saya fikir…