Site icon Hot FM

‘Akan ada kejutan’, kata Tuan Ibrahim berkait laporan bekas pemimpin Umno sertai PAS


Timbalan Presiden PAS yang membayangkan perkara itu hanya menyatakan ada ‘sesuatu berita baik buat PN’.

Penyertaan bekas pemimpin Umno dipercayai menjadi strategi PN untuk menawan Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang menjelang PRN.

PETALING JAYA: Beberapa bekas nama besar dan berpengaruh dari Umno dijangka akan menyertai Perikatan Nasional (PN) menjelang pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi, dakwa seorang pemimpin kanan gabungan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi melebarkan penguasaan PN di negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang, selain mengekalkan negeri dikuasai mereka – Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang membayangkan perkara itu hanya menyatakan ada “sesuatu berita baik buat PN”.

Sebelum ini, naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan berkata beberapa pemimpin kecewa dengan kepimpinan parti mereka akan menyertai PAS dalam masa terdekat.

“Saya fikir…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version