
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerja dengan lebih pantas dan cekap, selepas kedudukan Malaysia dalam World Competitiveness Ranking jatuh ke tempat ke-34.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara ini dibincangkan Jemaah Menteri semalam.
“Semua akan bekerja lebih pantas dan cekap,” katanya kepada pemberita mengenai kedudukan daya saing dunia terbitan International Institute for Management Development (IMD), selepas pelancaran ESG Positive Impact Consortium.
Anwar menjelaskan bahawa laporan IMD bagi tahun 2023 itu berdasarkan beberapa maklumat daripada 2022, dan beberapa perkara telah dibaiki.
Katanya, kritikan keras pada tahun lalu ialah kerajaan gagal melaksanakan penyasaran subsidi, “tapi itu kami telah baiki”.
Kelemahan ringgit turut dibangkitkan namun “sekarang suku tahun ini sudah meningkat”.
“Kita ambil pertimbangan beberapa teguran,”…