Beliau adalah figura penting yang banyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan di negara ini sehingga dinobat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.
Pak Lah amat menekankan bahawasanya setiap insan perlu dilengkapi nilai-nilai positif seperti berilmu, mempunyai nilai murni, moral dan disiplin, bagi melengkapi proses pembangunan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Malah, beliau telah menggariskan lima teras di bawah pentadbirannya iaitu Misi Nasional, Pelan Integriti Nasional, Pembangunan Koridor Ekonomi, Pembangunan Modal Insan serta konsep Islam Hadhari.