
BUKIT MERTAJAM: Bekas exco Pulau Pinang dan Adun DAP berkata akar umbi parti mahu ketegangan politik di negeri ini dikendurkan.
“Kami telah menghantar mesej (kepada pimpinan), ‘bawa bertenang’ dan lihat perkara lebih besar,” kata Phee Boon Poh kepada pemberita selepas hadir satu majlis.
“Semua orang melihat kepada parti, dan kami mahu parti menumpukan kepada perkara lebih penting,” katanya sambil menambah ia termasuk isu sosial dan kos sara hidup.
Phee, bekas Adun Sungai Puyu juga berkata terlalu banyak politiking di negara ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas sentimen akar umbi DAP berhubung ketegangan politik di Pulau Pinang.
Baru-baru ini, Chow Kon Yeow mendakwa ada gerakan untuk menggulingkannya sebagai ketua menteri. Beliau berkata, ada pihak dalam dan luar parti yang mahu “menumpaskannya”.
Pengerusi DAP Lim Guan Eng kemudian menggesa Chow mengemukakan…