
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda PKR Johor memberitahu akar umbi mahukan parti itu lawan Umno pada pilihan raya akan datang, selepas wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) tidak diberi sebarang peranan dalam kerajaan negeri ketika ini.
Naib Ketua Pemuda PKR Johor, Muhammad Faezuddin Mohd Puad, berkata pimpinan negeri pada dasarnya akur dengan arahan pusat, namun suara akar umbi di Johor ‘minta nak berlawan dengan Umno’.
Katanya, walaupun di Melaka, Pulau Pinang dan di peringkat pusat PH dan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan bersama, hakikatnya PH di Johor ibarat pembangkang.
“Di Johor, PKR, DAP dan Amanah mereka (kerajaan negeri) panggil kita pengimbang…hakikatnya kita di Johor sama macam pembangkang.
“Tiada jawatan dalam kerajaan negeri, pejabat daerah, GLC pun tiada…