Dalam membuat saranan ini, Felow Kanan merangkap Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Muhammad Hisyam Mohamad menekankan, akaun berkenaan perlu digunakan untuk keperluan penting dan dalam masa yang sama, pencarum wajar melengkapkan diri dengan ilmu pengurusan kewangan peribadi.
Menerusi laporan, beliau berkata, walaupun KWSP membenarkan pencarum membuat pengeluaran Akaun 3 pada bila-bila masa yang berkuatkuasa mulai 11 Mei ini, hakikatnya langkah itu bukanlah matlamat asal dana persaraan itu.
Tambahnya, KWSP secara umum adalah akaun simpanan untuk persaraan dan sememangnya sebelum ini pencarum dibenarkan membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan seperti pendidikan, kesihatan atau perumahan.
“Kali ini Akaun 3 yang diwujudkan bertujuan memenuhi keperluan asas dan mereka yang berhadapan isu ‘kecemasan’. Langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu anggota masyarakat yang sedang berhadapan isu kos sara hidup dan pada…