Dalam permohonan kedua semakan kehakiman, Bersatu memohon Mahkamah Tinggi membatalkan perintah sitaan dibuat SPRM terhadap akaun bank parti.

KUALA LUMPUR: “Konspirasi jahat” antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjadi alasan utama kepada tindakan penyitaan “salah” dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun bank Bersatu, kata parti itu.
Susulan itu, Bersatu mendakwa perintah penyitaan adalah “ketidakperlembagaan”, “ketaksahan”, “kesumbangan prosedur”, “ketidakrasional”, “penyalahgunaan proses”, “mala fide”, penyalahgunaan proses undang-undang”, “melanggar jangkaan salah”, “songsang” dan “penyalahgunaan kuasa”.
Dalam permohonan kedua kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman difailkan Mahkamah Tinggi, Bersatu memohon membatalkan perintah penyitaan dibuat SPRM.
Difailkan pada Isnin oleh Suhaimi…
