Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Akauntan mengaku tak salah bantu syarikat elak cukai RM2.5 juta

today2 September 2026

Background


mahkamah sesyen majistret georgetown
Mahkamah Majistret George Town membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. (Gambar fail)
PETALING JAYA:

Seorang akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan membantu dan menasihat sebuah syarikat menyediakan penyata pendapatan yang menyebabkan cukai terkurang lapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lebih RM2.5 juta lima tahun lalu.

Berita Harian melaporkan Chew Ai Keow, 63, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Noor Idayu Salim.

Tertuduh didakwa membantu dan menasihatkan Penshrimp Fishery Sdn Bhd mengemukakan penyata pendapatan kepada ketua pengarah LHDN apabila menyemak serta meluluskan penyediaan lejer jualan dengan tidak memasukkan transaksi jualan RM10,678,133.00 dalam penyata akaun bank syarikat itu yang sepatutnya direkodkan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis beralamat 105-07-07 Jalan Gurdwara, Hexagon Tech Park di Pulau Pinang ketika dia dilantik penyedia akaun…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Woods dijangka tukar pengakuan di mahkamah

Miami: Tiger Woods yang sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memandu di bawah pengaruh (DUI) selepas terbabit dalam kemalangan kereta di Florida pada Mac lalu, dijangka mengubah pengakuannya secara rasmi, menurut dokumen mahkamah semalam.

today2 September 2026