
Seorang akauntan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan membantu dan menasihat sebuah syarikat menyediakan penyata pendapatan yang menyebabkan cukai terkurang lapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lebih RM2.5 juta lima tahun lalu.
Berita Harian melaporkan Chew Ai Keow, 63, mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di depan Majistret Noor Idayu Salim.
Tertuduh didakwa membantu dan menasihatkan Penshrimp Fishery Sdn Bhd mengemukakan penyata pendapatan kepada ketua pengarah LHDN apabila menyemak serta meluluskan penyediaan lejer jualan dengan tidak memasukkan transaksi jualan RM10,678,133.00 dalam penyata akaun bank syarikat itu yang sepatutnya direkodkan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis beralamat 105-07-07 Jalan Gurdwara, Hexagon Tech Park di Pulau Pinang ketika dia dilantik penyedia akaun…