Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Akauntan rugi RM460,888 ditipu pelaburan bitcoin

today18 January 2025

Background


online scam
Mangsa membuat tiga kali transaksi pembayaran ke dua akaun bank berbeza berjumlah RM460,888 sebelum ditipu, kata Ketua Polis Seri Alam Sohaimi Ishak.

JOHOR BAHRU: Seorang warga emas berputih mata apabila kerugian RM460,888 selepas terpedaya pelaburan bitcoin yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Seri Alam, Sohaimi Ishak, berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang juga seorang akauntan, mendakwa dirinya ditipu satu pelaburan bitcoin bernama ‘PFOU’ yang disertainya pada Julai lepas.

Wanita berusia 61 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan di laman facebook dan menekan pautan yang disertakan sebelum dimasukkan ke dalam ‘group’ pelaburan bitcoin serta diberikan penerangan oleh beberapa individu tentang pelaburan yang menjanjikan pulangan cepat dan lumayan.

“Pada penghujung Disember, mangsa mengambil keputusan menyertai pelaburan itu memandangkan hampir bersara. Mangsa telah diarahkan memuat turun aplikasi ‘UVKXE’ bagi memantau bitcoin yang dilabur…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Lille ‘panaskan badan’ sebelum bertemu Liverpool

Paris: Lille memanaskan badan untuk perjalanan mereka ke Liverpool minggu depan dalam Liga Juara-Juara dengan bangkit dari ketinggalan untuk mengalahkan Nice 2-1 sekali gus mendaki ke tangga ketiga dalam Ligue 1 selepas memanfaatkan kekalahan mengejutkan Monaco.

today18 January 2025