Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Akhirnya Ismail Izzani Dedah Perkara Sebenar Susulan Aksi L*cah Di Kelab Malam & Dakwaan Lari Daripada Media

today17 January 2023

Background

Selepas kontroversi didakwa melakukan aksi lucah di kelab malam, penyanyi Ismail Izzani akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar mengapa dia perlu lari daripada ditemu bual pihak media sebelum ini.

Menurut Ismail, dia tidak lari seperti yang digembar-gemburkan, kerana pada ketika itu isu tersebut masih hangat diperkatakan dan dia cuma mahu bersikap ‘cool’ terhadap isu terbabit.

“Nak kata lari daripada media tu takdelah, cuma masa tu isu tu tengah tegang, jadi relaks dulu kot.

“Sebelum ni saya dah keluarkan kenyataan di sosial media dah, so yang faham itu akan faham, begitu juga sebaliknya. Takkan lah saya nak jelaskan lagi kan?

“Saya pun bukan nak katakan saya lari daripada media, but that is for my own good juga. Kalau fikir, masa tu kalau saya explain pun, tak ada orang akan faham because people dont wanna hear on explaination. Mereka hanya nak tahu pasal topik tu.

“Jadi, bila mereka dah tahu, merekaΒ  akan judge of it. It’s not just about judging a book by its cover tapi anda tak baca habis lagi ‘buku’ ni, sebab saya sendiri pun tak habis baca lagi pasal ”life’ saya,” katanya ketika temu bual bersama Melodi TV3.

Dalam pada itu, Ismail atau nama sebenarnya Nur Ismail Izzani Zainal Nazeri, 23, mengaku sebagai seorang manusia biasa, dia juga tidak lepas dari melakukan kesalahan dan akur sekiranya disebabkan kontroversi terbabit, namanya juga sedikit terjejas.

Malah, jika timbul sebarang kontroversi melibatkan dirinya, penyanyi Liar Biasa itu tidak akan berdiam diri tanpa menjelaskan perkara tersebut.

“My story book and let me just write it and let me live my life lah… Apapun, we make mistakes and i did.

“Apa yang saya buat tu, saya tak pernah tak mengaku. Dia antara saya berdiam diri sahaja ataupun saya just mengaku macam mana pun at the end of the day saya masih diri saya, masih disini.

“Nak kata tak terjejas tu tipulah, mesti terjejas. Macam mana pun, saya keep on working for it. Apapun if im being a bad person, just know that one day i will be a good person for all of you and to myself. Itu sahaja,” jelasnya.

Ditanya mengenai adakah Ismail mengambil kesempatan terhadap sokongan yang diberikan peminat terhadap dirinya, anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam itu bagaimanapun hanya mampu memohon maaf atas apa yang berlaku kerana baginya itu adalah kehidupan.

“Siapa pun akan dilanda kontroversi, dan saya minta maaf kalau saya banyak kontroversi, memang lah banyak cerita sana- sini sikit, tapi itulah kehiduypan.

“Kita juga tak boleh nak expect orang puas hati dekat kita begitu juga yang benci dan suka dekat kita.

“Apa yang saya boleh katakan, saya masih di sini dan saya akan keep on doing apa yang saya buat, which is menyanyi dan mungkin lepas ni saya pula akan berlakon. This is my life.

“Terima kasih kepada peminat di luar sana and one more thing, apa yang paling penting sebenarnya adalah, orang yang benci kau dengan komen ke apa, mereka hanya membuatkan saya lebih kuat untuk menjalani kehidupan pada masa akan datang. Saya harap Insya-Allah anda boleh still keep on following ikut karier saya and my story life. Because my life is quit transparent sekarang tak ada privasi.

“Kalau saya ada buat salah silap tu, maafkanlah saya. Kalau tak boleh maafkan jalan dulu. Saya akan keep on moving,” ujarnya.

Pelantun lagu Bidadari ini juga turut menjelaskan ibunya antara insan yang sentiasa memberikan sokongan terhadap dirinya walaupun sering terpalit dengan pelbagai kontroversi.

“Soal ibu tu, it is always gonna be there. Mak kan? Kalau kita kena gigit nyamuk pun dia akan cuba pukul dan bunuh nyamuk tu.

“Bagi saya, mama tak pernah tak support saya walaupun apa yang saya buat. And i know, some people akan cakap mama tak reti besarkan anak yang bagus.

“”Whatever it is, kami dah lalui banyak perkara bersama-sama dan perkara itu yang orang tidak tahu. Takkan saya nak cerita masalah keluarga saya pula kan? Buang masa.

“Lagipun saya kat sini, just try nak protect myself, my family dan my wrong doings. Mungkin ini adalah wake up call bagi saya,” katanya.

 

Written by: Aqilah


Previous post