
PAS menggesa DAP turut melepaskan jawatan exco dan timbalan speaker DUN Melaka demi membuktikan pendirian moral dan integriti politik mereka, susulan tindakan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.
Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Melaka, Kamaruddin Sedik, berkata Akmal sudah menunaikan janji dengan berundur daripada jawatan itu kerana berpegang kepada prinsip mendahulukan tanggungjawab memperjuang serta mempertahankan agama, bangsa dan raja Melayu.
Katanya, tindakan Akmal tanpa tekanan daripada pimpinan Umno atau kerajaan negeri membuktikan keberanian dan kejujurannya dalam berpolitik.
“Bagi saya, tindakan itu sindiran sangat tajam kepada DAP yang kini perlu membuktikan tahap moral mereka sendiri.
“Sekurang-kurangnya, sudah tiba giliran DAP Melaka pula untuk melepaskan jawatan exco serta timbalan…