

Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh menggesa kerajaan membatalkan penganjuran festival muzik air yang yang dijadualkan berlangsung di Bukit Bintang bermula hari ini hingga 2 Mei.
Beliau juga mempersoalkan sama ada langkah penjimatan diumum kerajaan sebelum ini termasuk membatalkan majlis rumah terbuka Aidilfitri tidak terpakai pada festival air tersebut.
“Mengapa pesta air ini tidak dibatalkan sekali. Adakah ia lebih bernilai berbanding majlis rumah terbuka.
“Kerajaan berusaha menjalankan pembenihan awan untuk menambah kapasiti air, tetapi dalam masa sama kementerian pelancongan sibuk buat pesta air yang membazirkan air,” katanya di Facebooknya.

Akmal juga meminta penjelasan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan serta mufti mengenai pendirian mereka terhadap…