
Pemuda Umno berhasrat menjadi jambatan antara Umno dan PAS dalam usaha menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN), iaitu pakatan pilihan raya yang dibentuk dua parti Melayu terbesar negara itu pada 2019.
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh, berkata Umno dan PAS mesti berusaha ke arah menyatukan orang Melayu melalui MN, yang kemudiannya berkubur apabila PAS dan Bersatu membentuk Perikatan Nasional (PN).
“Kita sudah sedar apakah kesilapan yang telah dilakukan iaitu apabila berpecahnya Umno dan PAS maka penyatuan Melayu itu hampir tidak berlaku,” katanya.
Apabila orang Melayu berpecah, akan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan kesan perpecahan berlaku, yang mana seterusnya menimbulkan keresahan di peringkat akar umbi, katanya.
“Sebab itulah saya mencadangkan agar Umno dan PAS mesti berusaha ke arah menyatukan orang…