
Sisa elektronik seberat 201,303kg dirampas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Pelabuhan Klang Barat, hari ini.
Rampasan membabitkan barangan terpakai seperti unit pemprosesan pusat (CPU), pencetak dan mesin fotostat dari Amerika Syarikat (AS)
Komander AKPS Pelabuhan Klang, Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata rampasan dibuat selepas pemeriksaan ke atas 10 kontena di tapak pemeriksaan kontena CFS 4 Pelabuhan Klang Barat, jam 10.45 pagi.
“Hasil pemeriksaan, sembilan kontena yang diimport dari Amerika Syarikat ditahan kerana disyaki membawa barangan larangan.
“Daripada jumlah itu, tujuh kontena tidak diisytiharkan secara sah untuk dibawa masuk ke Malaysia,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati satu kontena membawa CPU terpakai, tiga kontena pencetak terpakai, satu kontena…