
PETALING JAYA: Memberi kebenaran kepada pelarian dan golongan tidak bernegara mendapat akses pendidikan formal akan memanfaatkan Malaysia dalam tempoh jangka panjang, kata aktivis Rohingya.
Zafar Ahmad Abdul Ghani yang mengetuai Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia, berkata dua golongan itu mampu menyumbang produktiviti negara hos sekiranya diberikan peluang kepada pendidikan rendah dan menengah.
“Mempunyai dasar pengurusan pelarian komprehensif jelas pastinya membawa manfaat kepada pelarian dan juga negara hos.
“Ini boleh dilaksanakan dalam banyak kaedah, termasuk dalam program kerjasama dan penajaan dengan institusi pendidikan di Malaysia dan luar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, program seumpama itu tidak…