Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Aksi Gelek Adik Perempuan Dapat Kecaman, Ini Penjelasan Aufahanie

today11 July 2023

Background

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seprang gadis bertudung bergelek sakan di depan khalayak ramai di sebuah rancangan nyanyian televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Menari Gelek Depan Orang Ramai… Aksi Wanita Ini Dikecam, Netizen Dakwa Tiada Rasa Malu

Terbaharu, menerusi perkongsian OhBulan! di TikTok, penyanyi Aufahanie telah mengesahkan bahawa gadis tersebut merupakan adiknya sendiri.

β€œBetul, dia adik saya. Adik saya seorang penari dan pelajar dari sebuah sekolah seni di Kuala Lumpur. Dia pun tak penari untuk Big Stage juga.

β€œAdik saya memang suka menari. Kalau kat rumah, dia memang suka menari. Dia macam hyper, tak boleh dengar lagu, dia akan rasa nak menari sebab itu jiwa dia,” kata Aufa.

Aufa juga menjelaskan dia tidak boleh memarahi adiknya kerana usianya yang masih muda dan minatnya yang mendalam kepada tarian.

β€œAufa tak boleh nak marah dia sebab dia sangat muda, baru 17 tahun dan itu merupakan jiwa dia. Adik saya tak sangka ia akan viral sebab masatu semua orang menari tapi semua pula fokus dekat dia sebab movement cantik kan. Tapi apa-apa pun kami terima dan perlu tahu dekat mana kita patut menari,” jelasnya lagi.

Written by: Aqilah


Previous post