Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan tarikh perlawanan Liga Super 2024-2025 antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang ditunda sebelum ini ke tarikh baharu iaitu pada 10 November 2024, jam 5 petang.
Perlawanan minggu 9 Liga Super tersebut sepatutnya berlangsung pada 5 Oktober 2024 namun terpaksa ditangguhkan oleh Komisioner Perlawanan susulan keadaan padang di Stadium Perak, Ipoh yang tidak sesuai digunakan akibat hujan lebat yang turun…