Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Aksi ‘Romantik’ Norman Hakim & Suami Abby Abadi Jadi Perhatian

today13 January 2023

Background

Aksi ‘manja’ pelakon Norman Hakim dan suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria meraih perhatian ramai.

@abbyabadi112 Alhamdullillah. Semoga bahagia hingga ke syurga ya dua2 ketui ni hehe @JaiAbby Official @Norman Hakim ♬ Bahagiamu Bahagiaku – Zinidin Zidan

Menerusi perkongsian di TikTok, suami Abby manja berpelukan bersama Norman sehingga dipandang pelik oleh anak mereka, Danish.

“Alhamdulillah, semoga bahagia hingga ke syurga ya dua ketul ni hehehe,” tulis Abby.

Hasil tinjauan di ruangan komen, warganet terhibur melihat gelagat mereka dan ada juga yang menzahirkan rasa gembira melihat dua keluarga itu bahagia tanpa sebarang pertelingkahan.

“Amboi, yang sorang tu lentok bebenor.

“Anak kat belakang ketawa lebar tengok papa-papa dia.

“Semoga  kebahagian Kak Abby dan keluarga kekal till jannah. Teringin nak keluarga yang macam ni sentiasa bahagia dan menjadi contoh pada orang lain,” komen netizen.

Written by: Aqilah


Previous post