Menerusi posting yang dimuat naik oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di media sosial, peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan itu TERMASUK rokok elektronik.
Pada mulanya, Akta 852 diwartakan pada Februari lalu yang diumumkan akan dilaksanakan pada Jun dan kemudiannya ditangguhkan pada Ogos.
Menurut sumber, sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah KKM mewartakan Akta 852 bermula 2 Februari lalu adalah sejajar usaha untuk mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.
Tambah beliau, kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutama dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun, sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang tuntas.
GATS 2023 diterbitkan Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan…