
PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Johari Abdul Ghani berkata akta antilompat parti perlu diperbaiki dan ditambah baik sekiranya ada kelemahan.
“Kalau ada isu teknikal atau kelompangan dari segi akta itu, kalau perlu kita perbaiki kita perbaiki,” katanya lapor Buletin TV3.
Johari juga berkata perbuatan melompat parti apabila sudah memenangi sesuatu kerusi atas tiket mana-mana parti tidak boleh digalakkan.
“(Jadi) Jangan gunakan isu teknikal untuk lari daripada itu (isu sebenar),” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedia berbincang meminda akta antilompat parti untuk menutup kelompangan pada undang-undang itu.
Beberapa pihak sebelum ini mencadangkan agar akta antilompat parti dipinda selepas speaker Dewan Rakyat Johari Abdul memutuskan enam Ahli Parlimen berpaling tadah daripada Bersatu tidak perlu mengosongkan…