Hot FM

Akta Hasutan ‘tak boleh diselamatkan’, perlu mansuh, kata kumpulan hak asasi


Penasihat Lawyers for Liberty N Surendran berkata Akta Hasutan telah disalahgunakan bagi tujuan politik dan memusnahkan perbezaan pendapat.

PETALING JAYA: Kumpulan hak asasi manusia menggesa Akta Hasutan 1948 dimansuhkan kerana tiada pindaan boleh menyelamatkan undang-undang kontroversi itu, selepas Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk memansuhkannya sebelum ini.

Penasihat Lawyers for Liberty, N Surendran, berkata keputusan kerajaan untuk meminda akta itu tidak boleh diterima dan regresif.

“Akta Hasutan terkenal kerana disalahgunakan untuk tujuan politik dan memusnahkan perbezaan pendapat, disebabkan takrifan yang tidak jelas mengenai ‘kecenderungan menghasut’ yang digunakan di bawah akta itu,” katanya, sambil menambah bahawa pemansuhannya adalah satu-satunya langkah ke hadapan.

Manakala Pengarah Eksekutif Amnesty International Malaysia, Katrina Jorene Maliamauv, pula berkata ia “amat mengecewakan” dan pindaan akta itu bertentangan dengan komitmen kerajaan PH untuk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version