KUALA LUMPUR: Pekerja boleh memohon kepada majikan aturan kerja fleksibel berdasarkan masa, hari, dan lokasi bekerja mengikut Seksyen 60P dan 60Q Akta Kerja 1955, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim.
Menerusi hantaran di aplikasi X, beliau menjelaskan permohonan berkenaan perlu diserahkan kepada majikan untuk diberikan maklum balas dalam tempoh 60 hari dan sekiranya ditolak, majikan harus memberikan alasannya.
“Kementerian Sumber Manusia akan sentiasa mengkaji dan menambah baik dasar serta undang-undang perburuhan kita untuk mendukung 3K iaitu kebajikan, kemahiran, keberhasilan pekerja seterusnya meningkatkan daya saing ekonomi negara,” menurut hantaran itu.
Dalam hantaran sama, Sim turut melampirkan Akta Pekerjaan 1955 yang menonjolkan Bahagian XIIC mengenai pengaturan kerja fleksibel.
Menurut Seksyen 60P (1) akta…