
KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dilaksanakan kerana kepesatan teknologi yang memerlukan masyarakat seiring menggunakan platform digital untuk tujuan perniagaan, namun pada masa sama mengharapkan perlindungan, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Beliau berkata kerajaan perlu memperhalusi dan meneliti risiko akibat penggunaan platform digital agar data peribadi pengguna tidak disalah guna, meskipun sedar era digital sememangnya membawa banyak peluang khususnya ekonomi.
Gobind berkata pada tahun lepas, sebanyak 23% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) disumbangkan sektor ekonomi digital dan angka itu dijangka meningkat kepada 25.5% pada 2025.
Beliau berkata dalam aspek pelaburan yang diluluskan pula, ekonomi digital mencatatkan RM330…