Site icon Hot FM

Aktiviti agama meriahkan Ramadan di penempatan Orang Asli


Antara aktiviti keagamaan yang diadakan ialah solat sunat Tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah dan kelas fardu ain.

Guru agama dan imam lantikan Maik, Aris Rami (tengah) mengadakan kelas hafazan doa dan surah lazim di Masjid Al-Hidayah di Pos Hendrop, dekat Gua Musang. (Gambar Bernama)

GUA MUSANG: Walaupun berada di kawasan pedalaman, penempatan masyarakat Orang Asli Temiar di Pos Hendrop, dekat sini, tetap meriah dengan aktiviti ibadah dan mengimarahkan Masjid Al-Hidayah di kampung itu sepanjang Ramadan.

Guru agama dan imam lantikan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Aris Rami, 53, berkata lebih 800 daripada 1,000 penduduk di pos pedalaman itu beragama Islam.

“Saya dan penduduk kampung menghidupkan bulan Ramadan dengan solat sunat Tarawih dan tadarus al-Quran, selain turut diisi dengan tazkirah bagi tujuan sesi pemantapan rohani dalam kalangan mereka.

“Kelas fardu ain dibuat setiap Jumaat dan Sabtu bersama sesi soal jawab antara saya dan penduduk,”…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version