
PETALING JAYA: Seorang peguam bagi dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar mencemuh kenyataan seorang exco Selangor bahawa Hutan Simpan Bukit Lagong akan mengekalkan statusnya, walaupun 800 hektar diperuntukkan untuk pengkuarian.
“Ia kenyataan tidak jujur. Apabila pengkuarian selesai, hutan akan hilang,” kata peguam Rajesh Nagarajan.
Khamis lalu, Exco Selangor, Hee Loy Sian berkata, 19 kuari baharu diluluskan antara 2018 dan 2019 untuk memenuhi permintaan bahan binaan.
Bagaimanapun katanya, “status tanah itu kekal sebagai hutan simpan”.
Hee berkata, 28% daripada Hutan Simpan Bukit Lagong dibangunkan bagi tujuan kuari, dengan tujuh kuari sedia ada yang berkeluasan 215.64ha diluluskan antara 1992 dan 2000.
Kenyataan Hee itu menyusul iklan penjualan lot tanah kuari di Hutan Simpan Bukit Lagong pada…