Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aktiviti perkhemahan bukan anjuran sekolah, kata menteri

today16 December 2022

Background



Fadhlina Sidek tiba di Hospital Sungai Buloh untuk meninjau keadaan mangsa.

SUNGAI BULOH: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengesahkan aktiviti perkhemahan yang disertai beberapa guru dan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong bukan anjuran pihak sekolah.

Beliau berkata, aktiviti itu anjuran persendirian dalam kalangan guru dan pelajar, yang turut membabitkan keluarga serta rakan mereka.

“Bukan anjuran sekolah mereka, mereka buat program sendiri bersama kawan dan keluarga.

“Ada pelajar terlibat, setakat yang kita kenal pasti dari SJKC Mun Choong, selebihnya kita belum tahu dari mana,” katanya dalam sidang media di Hospital Sungai Buloh.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKC Mun Choong, U Chin Ong berkata, pihaknya mendapat maklumat tujuh guru bersama rakan dan keluarga mereka menyertai aktiviti perkhemahan itu.

“Saya diberitahu mereka akan mendaftar keluar hari ini. Semua tujuh guru itu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Yasmin Abdul Latif


Previous post