Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

Aku Dipersia. – Wany Hasrita

today25 January 2019

“Aku dipersia.”

Bait dalam lirik lagu baru Wany Hasrita berjudul Terlalu Memuja ini meruntun hatinya setiap kali Wany mendendangkannya.

Wany mendedahkan kepada HIP Berita Harian, ada sedikit kisah peribadi terselit dalam single ini, dan semasa dia merakamkan single itu, ia adalah suatu proses yang mencabar.

Menurut Wany,

“Lagu ini lebih sedih daripada single sebelum ini, dan terlalu dekat dengan saya.”

Kata Wany,

“Proses rakaman lagu ini tidak lama, tetapi memerlukan touch up sehingga 3 kali. Disebabkan itulah, ia mengambil masa hampir sebulan untuk melengkapkan proses rakaman”

Wany menganggap single Terlalu Memuja menampilkan sesuatu yang segar.

Enggan dilihat stereotaip baik dalam sentuhan dan gaya persembahan dalam lagu, Wany mengambil cabaran memberi perubahan kepada single yang agak “mellow”.

“Kelainan begini yang saya mahukan agar orang tidak menggambarkan saya kekal dengan corak lagu yang sama. Saya nak tengok sejauh mana lagi diri ini mampu pergi dalam penghasilan lagu”

Wany merakamkan video muzik Terlalu Memuja di Santorini, Greece, dan berada di sana selama 5 hari.

Menurut Wany, video muzik ini bakal memberi perubahan kepada karyanya yang lebih matang.

Written by: Jay


Previous post