Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Aku Nak Meminang Kau Ni” – Afieq Shazwan Sering Terima DM Ajak Kahwin Selepas Beli ‘Kereta H’

today4 August 2022

Background

Pelakon dan penyanyi Afieq Shazwan akui menerima banyak kiriman mesej di media sosial daripada peminat wanita.

Afieq Shazwan atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 25 sering menerima mesej di mana peminat wanita menawarkan diri untuk menjadi isteri.

Memetik laporan mStar, pelantun Lelaki Di Telefon itu memaklumkan bahawa dia menerima kiriman sedemikian rupa selepas membuat hantaran di Instagramnya bergambar dengan sebuah kereta jenis Honda Civic RS yang baru dibelinya tiga bulan lepas.

“Ada, DM maki, DM maki yang macam… eh kau tak nak aku jadi isteri kau ke? Ada juga yang macam aku nak masuk minang kau ni simple je aku nak bagitahu kau aku suka kau.

“Saya hanya baca saja tapi ada beberapa DM tu saya like, ada juga yang DM untuk berkenalan ada DM yang kata ambil sayalah jadi isteri awak,” katanya.

Jelasnya, dia tidak memerlukan kereta mewah namun cukup sekadar kereta yang boleh membuatkan ibunya berasa selesa.

Bukan itu sahaja, Afieq juga menyatakan dia telah lama menyimpan hasrat untuk membeli kereta baharu hasil daripada titik peluhnya bekerja dan bersyukur impiannya itu telah tercapai.

Walaubagaimanapun, menerusi hantaran Instagram Story di akaunnya baru-baru ini, Afieq menjelaskan bahawa jenis atau jenama kereta tidak penting baginya. Apa yang menjadi keutamaanya ialah isi hati seseorang itu.

Untuk info, Afieq juga memiliki dua buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah kereta jenis Proton Saga.

Sumber: mStar

Written by: Salma


Previous post