Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Akui Pernah Hilang Diri Sendiri, Mawar Rashid Cari Bahagia Demi Anak-Anak

today16 May 2025

Background

Menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah buat pelakon Mawar Rashid.

Namun, di sebalik cabaran yang dilaluinya, Mawar tampil lebih kuat dan positif demi membina kehidupan baru bersama anak-anak tercinta.

Ditemui pada majlis doa selamat filem Nar’Sata di Wisma Metrowealth International Group (MIG), Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid mengakui, apa yang dilaluinya bukan mudah dan memerlukan ketabahan yang luar biasa.

“Untuk sampai ke tahap sekarang, banyak yang saya dah lalui. Saya sebak sebab setiap hari saya cuba kuat… sama seperti wanita lain yang berjuang dalam senyap.

“Anak-anaklah sumber kekuatan saya, dan sebab tu saya belajar untuk lebih sayang diri sendiri dan fokus untuk jadi insan yang lebih baik,” luahnya dengan penuh emosi.

Mengulas lebih lanjut, aktres drama rantaian Nikmat Hanya Sesaat ini berkata segala pengalaman sama ada manis mahupun pahit telah mengajarnya untuk lebih matang dalam membuat keputusan dan membentuk diri menjadi wanita yang lebih kuat dari semalam.

“Saya bukan manusia sempurna, banyak lagi kekurangan dalam diri saya. Tapi saya cuba perbaiki diri hari demi hari. Saya harap orang doakan yang baik-baik untuk saya,” katanya menitiskan air mata.

Mawar mengakui kini dia mula merasai perubahan dalam dirinya lebih tenang, bahagia, dan semakin ceria menjalani hari-hari mendatang.

“Saya dah mula rasa bahagia… bila saya hargai diri saya. Saya lebih positif sekarang. Itu semua hasil usaha untuk kenal semula siapa saya sebenarnya,” katanya dengan senyuman.

Terdahulu, Mawar pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Raf Yaakob pada November 2017, namun berpisah pada November 2023 selepas tidak lagi menemui persefahaman dalam hubungan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Korea Selatan uji taring Speedy Tigers

Kuala Lumpur: Skuad Speedy Tigers bakal menguji taring mereka sebelum aksi Piala Negara-Negara Jun ini, apabila dijadual 'berkampung' di Korea Selatan bagi kempen Jelajah Korea bermula Ahad ini hingga 19 Mei.

today16 May 2025