Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Akujanji sokong Zahid sebagai PM palsu, kata pengarah komunikasi BN

today2 November 2022

Background



Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Shamsul Anuar Nasarah berkata tindakan itu dilakukan pihak tidak bertanggungjawab untuk burukkan Umno/BN.

IPOH: Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Shamsul Anuar Nasarah menafikan adanya akujanji ditandatangani beliau yang tular, kononnya akan mencalonkan dan menyokong Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai perdana menteri.

Beliau turut mengesahkah bahawa akujanji yang disebarkan dan sedang tular itu adalah palsu dan tidak benar.

“Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan Umno dan BN ketika musim PRU15 (pilihan raya umum ke-15) ini,” katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang akujanji sedemikian.

Akujanji tular itu antaranya menyatakan Shamsul Anuar berikrar mencadangkan Zahid sebagai calon perdana menteri setelah memenangi kerusi Parlimen Lenggong serta…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post