Al Ahli mulakan langkah untuk mendapatkan Lionel Messi. Kelab Pro Saudi itu sedia menawarkan kontrak luar biasa kepada Lionel Messi.
Bintang Inter Miami itu sebelum ini menyatakan dia selesa bermain dan tinggal di Amerika Syarikat. Sementara Inter Miami turut dalam proses untuk menyediakan tawaran baharu yang lumayan kepada Messi.
Kontrak semasa pemain tersebut akan berakhir pada Disember ini. Pemain itu masih berteka teki tentang masa depannya.
