Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Selepas Masjid, surau adalah tempat ibadah bagi umat Islam yang sewajarnya dipulihara dan dijaga.
Terbaharu, Surau Taman Setia Bakti telah berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan Al-Quran dikoyak dan dibuang keluar dari surau tersebut. Malah, beberapa sejadah turut dilempar keluar berselerak di atas tanah.
Sedih berasa harini…surau kite kena khianat..buang najis dekat tmpt tok imam.Alquran dikoyak dan di buang…Akhir zaman ya Allah😭😭😭…
Posted by Surau Taman Setia Bakti on Tuesday, August 31, 2021
Bukan itu sahaja, individu tidak bertanggungjawab juga membuang najis di tempat imam surau tersebut. Hal ini dipercayai atas perbuatan khianat dan masih belum diketahui siapa pelakunya.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab tersebut. Malah, para netizen turut mengecam perbuatan…