
PETALING JAYA: Kerja-kerja pembersihan oleh Alam Flora Sdn Bhd, melibatkan lapan daerah terjejas banjir di Pahang, merekodkan kutipan kira-kira 30,000 tan sisa.
Selepas 33 hari kerja-kerja kutipan sisa dan pembersihan banjir dilaksanakan, syarikat berkenaan masih meneruskan operasi di daerah Bentong dan Temerloh, lapor Kosmo.
“Operasi melibatkan dua fasa iaitu kutipan dan pembersihan, yang mana fasa kutipan telah siap pada 19 Januari lepas, manakala fasa pembersihan yang dimulakan minggu lepas dijangka selesai pada akhir bulan ini,” kata Timbalan Pengurus Besar (Bahagian Operasi) Alam Flora Raja Kamal Azizol Raja Ibrahim semalam.
Katanya, operasi telah ditamatkan di semua daerah lain, kecuali Bentong dan Temerloh, di mana kerja pembersihan dianggarkan pada tahap 30% siap.
“Untuk dua daerah ini,…