Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias berada dalam keadaan stabil setelah mengalami kecederaan di bahagian kepala pada aksi menentang Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim, semalam.
Farizal bertembung dengan pemain pertahanan, Shane Lowry ketika mahu menghalang gerakan serangan yang dilakukan Terengganu pada separuh masa kedua.
Hasil daripada pertembungan tersebut, Farizal Marlias tidak sedarkan diri dan beliau terus dihantar ke hospital berdekatan bagi membolehkan penjaga gol itu mendapatkan rawatan.
Not a good sign, but hope he’s okay. Speed recovery capt! @farizal_marlias pic.twitter.com/n2CSttiWcP
— buzzer Kim Ji Won (@khalidmeister) April 10, 2022
Laman media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers kemudiannya memberitahu bahawa Farizal kini berada dalam keadaan stabil namun penjaga gol berusia 35 tahun itu berada dalam pengawasan ketat doktor…