Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Alami Trauma Selepas Kemalangan, Ikmal Amry Dedah Kos Baiki Kenderaan Cecah RM75,000

today22 September 2022

Background

Pelakon Ikmal Amry mengakui insiden yang menimpa keluarganya baru-baru ini memberikan tamparan hebat buat dirinya.

Bahkan, sehingga kini beliau masih mengalami trauma untuk memandu kereta secara bersendirian dan memerlukan bantuan pembantu peribadinya untuk membawanya ke lokasi penggambaran atau atas urusan kerja lain.

“Selepas kemalangan tersebut, saya jadi macam anxiety bila berjumpa dengan orang ramai. Perkara tersebut memang sampai sekarang mengganggu saya dan isteri.

“”Ini semua sebab kami masih teringat apa yang terjadi,” katanya kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN:Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

ARTIKEL BERKAITAN:β€œHari-Hari Saya Rasa Bersalah” – Anak, Isteri Ikmal Amry Trauma Selepas Kemalangan

Sementara itu, Ikmal juga memaklumkan isterinya, Najla Shamsul Kamar, 24, kini lebih mudah terkejut dan sentiasa memegang anak mereka walaupun ketika waktu tidur.

“Isteri saya mudah terkejut dan sentiasa pegang anak walaupun masa tidur sebab masih teringat.Β 

“Kalau tengok kereta, memang total loss tetapi alhamdulillah”kami langsung tak tercedera. Sebelum ini saya pernah je kemalangan sendiri. Tapi mungkin kali ini dengan anak kecil dan isteri, jadi perasaan risau dan trauma tu masih kuat sampai sekarang,” jelasnya.

 

Berkongsi perkembangan lain, Ikmal atau nama sebenarnya, Mohd Ikmal Amry Ghazali, 28, kini masih dalam usaha untuk membaiki kereta pertamanya itu.

Malah, beliau juga turut mendedahkan kos keseluruhan kereta itu mencecah sehingga RM75,000.

“Kereta memang total loss. Tetapi saya usaha juga untuk baiki sebab itu adalah kereta pertama saya. Saya akan cuba selamatkan. Kosnya pula guna insurans, kira-kiraΒ  dalam RM75,000,” katanya.

Ikmal berkata demikian, ketika ditemui pada majlis sidang media filem Rasuk yang diadakan di GSC, Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, pada Selasa.

Selain Ikmal, filem Rasuk juga turut dimeriahkan dengan barisan para pelakonnya iaitu, Elisya Sandha, Taufiq Hanafi, Raja Atiq Azman, Ayie Floor 88, Syazwan Razak, Alicia Amin dan Abbas Mahmood.

Filem bergenre seram dan Thriller ini akan menemui peminat filem tempatan diseluruh pawagam tanah air bermula 29 September ini.

Written by: Salma


Previous post