Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Album Baru Coldplay Diperbuat Daripada Sampah Malaysia

today3 October 2024

Background


Menerusi sebuah video yang memaparkan Chris Martin, vokalis utama Coldplay memberitahu bahawa setiap vinyl album mereka dihasilkan daripada 9 botol plastik.

Menurutnya, vinyl album mereka dihasilkan daripada plastik sampah yang telah diambil dari sungai-sungai di Malaysia dan Indonesia.

Difahamkan, plastik sampah tersebut telah diambil menggunakan River Cleanup Boat, iaitu sebuah teknologi canggih yang dibiayai kumpulan berkenaan.

Sebelum ini, Coldplay memang diketahui lantang laungkan usaha pemeliharaan alam sekitar dalam setiap aktiviti seni mereka.

Pengeluaran piring hitam kembali rancak sejak lebih sedekad lalu. Namun, bahannya diperbuat daripada paip polivinil klorida (PVC) yang mengambil masa satu abad untuk mereput di tapak pelupusan sampah.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post