

Moderasi algoritma semata-mata tidak dapat melindungi kanak-kanak sepenuhnya daripada bahaya dalam talian, kata seorang pakar keselamatan siber.
Pakar keselamatan siber, Murugason R Thangaratnam, berkata algoritma yang lebih selamat boleh mengurangkan pendedahan kepada kandungan berbahaya, namun ia bukan penyelesaian menyeluruh.

“Walaupun dengan sistem moderasi paling canggih, adalah terlalu optimistik untuk menganggap kanak-kanak bawah umur akan dilindungi sepenuhnya daripada komuniti berbahaya, cubaan pengantunan atau kandungan berbahaya di internet,” katanya kepada FMT.
Moderasi algoritma merujuk kepada penggunaan sistem automatik untuk menapis atau membuang kandungan berbahaya di platform media sosial.
Murugason berkata algoritma…