
PETALING JAYA: Catatan Facebook Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki selepas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong petang tadi menimbulkan spekulasi Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi.
“Alhamdulillah….Moga Allah pelihara dan berkati kita semua,” katanya dalam catatan itu yang menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial, jika ia menandakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi.
Ismail menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara pada 4 petang tadi, di tengah-tengah spekulasi beliau akan mencadangkan pembubaran Parlimen kepada Agong untuk memberi laluan kepada PRU15.
Terdahulu, Ismail dilaporkan berkata, beliau akan mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen pada majlis menghadap Agong hari ini, “jika berkesempatan”.
Sementara…