Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ali Puteh Turut Ulas Isu Anak Abby Abadi, Netizen Pula Minta Fokus Bayar Hutang Balu Abam

today11 September 2023

Background

Pelawak sensasi, Ali Puteh mengulas isu anak Abby Abadi, Marissa Dania Hakim yang mengaku bersalah telah menganggu rumah tangga seorang wanita sehingga perkahwinannya terlerai.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Ali seakan memerli Abby yang sebelum ini โ€˜sibukโ€™ mengulas isunya bersama balu abangnya, Allahyarham Abam Bocik iaitu Hidayah.

Menerusi hantaran tersebut, Ali memuat naik dua tangkapan skrin keratan berita berkenaan Abby mengulas isu bersama balu Abam serta berita mengenai Marissa.

Di ruangan kapsyen, Ali berkata aib keluarga Abby terbuka kerana sibuk menjaga tepi kainnya pada tahun 2020.

โ€œ2020 berlalu Kini 2023.. moga baik-baik sahaja buat keluarganya..kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka..,โ€ tulisnya.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram portal hiburan, ramai yang mengkritik kenyataan Ali serta memberi nasihat untuk segera melunaskan hutang kepada kakak iparnya itu.

Bagaimanapun, Abby sehingga kini masih tidak memberi respons berhubung ulasan Ali yang secara terangan menjurus kepadanya.

Sebelum ini, nama anak Abby Abadi dan Norman Hakim hangat menjadi buah mulut ramai di media sosial ekoran menganggu rumah tangga wanita bernama Misya sehingga bercerai.

Marissa mengakui bersalah atas segala tuduhan namun menafikan dirinya menyambut penceraian Misya dan bekas suaminya, Aslam seperti didakwa wanita berkenaan.

Artikel Berkaitan: Anak Didakwa Penyondol, Abby Abadi Mohon Masa Untuk Tulis Sendiri Kenyataan โ€“ โ€œSaya Tengah Nak Mengarang Niโ€

Artikel Berkaitan: Gagal Berubah, Wanita Dedah Video Bekas Suami Dakwa Anak Abby Abadi โ€˜Terkejarโ€™ Nak Balik Ke Pangkuan โ€“ โ€œAslam Tak Kuat Lawanโ€ฆโ€

Artikel Berkaitan: Tak Ada Solusi, Wanita Dakwa Abby Abadi, Norman Hakim Beri Izin Nak Viral Kes Anak Penyondol?

Artikel Berkaitan: โ€œSaya Mengaku, Tapi Tak Semua Cerita Benar,โ€ โ€“ Anak Abby Abadi Tampil Respons Isu Sondol Suami Orangโ€ฆ Perjelas Status Hubungan Terkini Dengan Aslam

Artikel Berkaitan:ย Tampil Mohon Maaf, Norman Hakim Bakal Selesaikan Isu Anak Didakwa Penyondol Secara Tertutup โ€“ โ€œSalah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbukaโ€

Written by: Aqilah


Previous post