Pempengaruh sensasi, Alif Teega bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, esok bagi perbicaraan kes dakwaan penyelewengan dana orang awam.
Memetik laporan Berita Harian, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan perkara tersebut menerusi hantaran di platform TikTok
“SPRM mendapat izin mendakwa pempengaruh terkenal Alif Teega di Mahkamah Kuala Lumpur, esok,” katanya.
Difahamkan, Alif Teega akan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.
“Bagaimanapun, hanya Alif Teega yang akan didakwa esok mengikut seksyen itu,” katanya lagi.
Sebelum ini, Alif dan isteeinya, Aisyah Hijanah direman selama empat hari pada 11 Julai lalu bagi memberi kerjasama berhubung isu tersebut.
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Alif Teega & Isteri Pertama Masih Utuh, Dakwaan Bakal Bercerai Tidak Benar? – “Saya & Aisyah Tak Ada Cakap Apa-Apa”
Artikel Berkaitan: “Tak Boleh Tolak Kecewa & Harap Bahagia Semata, Perlu Ikhlas Dalam…” – Aisyah Hijanah Fail Cerai, Alif Teega Tenang Beri Kata-Kata Nasihat
Sumber: Berita Harian