Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Aliff Aziz & Bella Astillah Kini Sah Bercerai Dengan Talak Satu

today13 June 2024

Background


Menerusi laporan Harian Metro, Aliff bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan penuh dua anaknya kepada bekas isteri, Bella Astillah kerana menganggap dia adalah individu paling layak.

Menurut Aliff, keputusan yang dibuat adalah muktamad dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

“Sebab dia adalah ibu kandung. Saya enggan mengulas perkara itu secara terperinci tetapi apa yang dibincangkan dalam mahkamah ini, itulah keputusannya,” katanya.

Bagaimanapun Aliff enggan menjawab soalan media ketika ditanya mengenai bila kali terakhir dia berjumpa dengan dua anaknya, Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

“Berkenaan anak-anak, saya tak nak komen apa-apa kerana bagi saya ada perkara boleh dikongsikan dan ada yang tak perlu buat masa ini.

“Apa pun saya bersyukur apabila prosiding hari ini semuanya berjalan lancar dan saya berterima kasih kepada ayah kerana menemani saya,” katanya.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post