Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Aliff Syukri Jawab Dakwaan Marah Anak Ketika Live

today29 July 2025

Background

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengejutkan ramai pihak apabila dilihat memarahi dua anaknya iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah ketika sesi live di TikTok miliknya baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi dua minit lebih itu, Aliff kelihatan menuding jari ke arah muka Qadejah sambil memarahinya.

“Kau dengan aku jangan macam-macam.

“Ada aku maki nanti. 10,000 tengok engkau. Kalau aku maki takut nanti. Tak payah nak ajar-ajar aku.

“Pernahkah kau live pukul 12? Boleh cakap begitu dengan aku. Aku tahu tak pernah lagi aku nak mengacau hidup orang,” katanya.

Bagaimanapun, Aliff menegaskan, dia bukanlah sengaja memarahi anaknya itu melainkan mahu mereka merasa susah mencari duit dengan melakukan siaran langsung di TikTok.

“Papa tak marah, cuma Abah tak pernah pun suruh engkau (Qadejah dan Ammar) live sampai pukul 12 malam.

“Abah bukannya marah pun, kita sama-sama, kerja ni kita sama-sama cari duit.

“Melainkan Ammar Ahyan yang tak sekolah ni pernah ke live sampai pukul 12?

“Abah ni pukul 5 pagi dah bangun live. Cess paling lama pun sampai pukul 3 petang.. Siang malam pagi petang abah live,” jelasnya.

@dherbs.official Abah tahu timing anak nak live ? abah pun penat live hari hari #titkokviral #trending #ammar #aliffsyukri #foruyou ♬ bunyi asal – D’herbs Official

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menegur tindakan Aliff yang didakwa tidak menjaga maruah anak-anaknya.

 

 

Written by: Salma


Previous post

Sukan

Watkins, Sesko jadi buruan United

Manchester: Pencarian Manchester United untuk mendapatkan penyerang baharu kini tertumpu kepada dua nama selepas kelab itu menarik diri daripada rundingan mendapatkan bintang Chelsea, Nicolas Jackson.

today29 July 2025