Perkongsian isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencuri tumpuan ramai.
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Hanya Bergurau Fasal Jual Kucing – ‘Saya Padam Video Itu Sebab Kena Kecam’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hidup & Maju’ – Aliff Syukri Perjelas Maksud Di Sebalik Nombor Plat 133
Aliff jual pokok
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Shahida merakam momen salah seorang pekerjanya sedang memotong keratan pokok-pokok yang ditanam di hadapan kediaman mereka.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian ramai adalah reaksi Shahida apabila mengetahui keratan pokok-pokok itu sebenarnya mahu dijual oleh Aliff di media sosial.
Aku ni sebenarnya geram tau, pagi tadi habis pokok-pokok aku dijual Aliff Syukri. Pokok depan rumah aku yang patut dibuang pun dia jual. Aku tak tahu lah, kalau dah Aliff Syukri tu.
Yang korang beli pokok ni kenapa? Aku tak nak buka nursery pulak eh. Habis semua dia jual. Jual pokok pula. Kau tengok dia…