Hot FM

Aliran trafik ke ibu kota sesak, kata LLM


LLM menjangkakan aliran trafik ke ibu kota akan terus memuncak pada Sabtu ini berdasarkan unjuran data perjalanan warga kota yang pulang ke kampung sebelum ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:

Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan mengalami kesesakan malam ini berikutan orang ramai bergerak pulang ke ibu kota selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata bagi arah utara, kesesakan paling ketara dikesan di laluan Gopeng menuju ke Tapah hingga ke Bidor akibat kemalangan,

“Insiden melibatkan sebuah lori kontena dan motosikal di KM347.1 itu telah menyebabkan aliran trafik terganggu walaupun urusan pembersihan di lokasi telah selesai sepenuhnya 9.15 malam tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain itu, pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik dilaporkan perlahan di laluan Sungai Perak ke susur keluar Ipoh Utara serta pergerakan kenderaan dari Pematang Pauh menuju ke Perai.

Di bahagian selatan, trafik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version