Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aliran trafik ke Lembah Klang sesak di beberapa lebuh raya utama

today6 April 2025

Background


Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama sesak susulan warga kota kembali ke ibu negara selepas cuti Aidilfitri. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik dilaporkan sesak di beberapa lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang, setakat 9 malam tadi.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) sesak di Plaza Tol Bentong hingga Lentang namun aliran trafik kembali lancar hingga ke hentian sebelah Gombak.

“Bagi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) E1, berlaku kesesakan dengan trafik bergerak perlahan dari Sungai Petani menuju ke Sungai Petani Selatan, Sungai Dua ke Perai dan Tanjung Malim ke Rawang.

“Di Lebuhraya PLUS E2, berlaku kesesakan di beberapa lokasi antaranya Pedas Linggi ke Seremban dan Bandar Ainsdale ke Nilai Utara,” katanya.

Jurucakap itu turut memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 di kedua-dua arah bergerak lancar.

Dalam pada itu, Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo, berkata aliran trafik…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Liverpool kecundang, Southampton tersingkir

London: Liverpool tewas kali kedua dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas Fulham meledak tiga gol dalam tempoh empat 14 minit pada babak pertama untuk mencerahkan peluang mereka ke aksi Eropah menerusi kemenangan 3-2 sebentar tadi.

today6 April 2025