Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Aliran trafik malam 1 Syawal lancar di beberapa lebuh raya

today22 April 2023

Background


Aliran trafik pada malam 1 Syawal di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 10 malam tadi.

KUALA LUMPUR: Aliran trafik pada malam 1 Syawal di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 10 malam tadi walaupun terdapat sedikit pertambahan kenderaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata trafik lancar dari Kuala Lumpur menuju ke Tol Gombak berbanding di sebelah petang tadi yang berlaku kesesakan.

“Trafik juga lancar di Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan 2 di kedua-dua belah arah,” katanya

Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara dari Tapah ke Gua Tempurung berlaku kesesakan susulan ia kawasan mendaki.

“Terdapat satu kemalangan yang baru berlaku di kilometer (KM) 123.7 arah utara dari Sungai Dua ke Bertam dengan kesesakan kira-kira sepanjang enam kilometer,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post